ADD THE SLIDER CODE HERE

Al Husna Frozen Food di Buletin Utama TV3

Syukur Alhamdulillah.






7 Oktober 2015 merupakan tarikh yang bermakna bagi kami di Al Husna Frozen Food kerana Buletin Utama TV3 telah menyiarkan kisah kami serta Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gong Chengal.

Harapan kami agar kisah kejayaan kami ini menjadi contoh dan mungkin sebagai rujukan untuk usahawan-usahawan yang mahu memasarkan perniagaan mereka di atas talian.

Banyak yang dapat dimanfaatkan dengan wujudnya Pusat Internet 1 Malaysia yang bertujuan untuk membantu komuniti tempatan dari segi sosioekonomi serta ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.

Boleh tonton sedutan daripada Buletin Utama TV3 di link yang disediakan di bawah. :)




Kisah kami juga dipaparkan di surat khabar New Straits Times pada 5 Oktober 2015.


Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami di Al Husna Frozen Food.

Al Husna Frozen Food @ Kampung Gong Chengal, Kemasik, Kemaman, Terengganu



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Al Husna Frozen Food diusahakan oleh anak tempatan kelahiran tempatan dan mendapat sokongan daripada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Puan Samsiah Binti Ibrahim adalah anak kelahiran Kemasik, Terengganu dan menetap di Kampung Gong Chengal, Kemasik.


Jenis perniagaan yang dijalankan adalah makanan sejuk beku dimana makanan ini hanya perlu digoreng dan siap dihidang dalam masa 10-15 minit sahaja. Sejajar dengan perkembangan ekonomi negara, perusahaan makanan juga semakin berkembang dengan baiknya.


 Antara produk-produk yang dihasilkan:


  • Karipap inti daging, ayam, ikan dan sardin
  • Pau goreng Kacang
  • Samosa ayam/daging
  • Popia sayur
  • Donut/ Donut Sosej
  • Cek Mek Molek
  • Cucur Badak





Sekiranya anda ingin mencuba atau berminat dengan produk Al Husna Frozen, anda boleh singgah di Kampung Gong Chengal, Kemasik, Kemaman, Terengganu atau pun anda boleh menghubungi Puan Samsiah untuk tempahan.


Alamat: Pusat Pemprosesan Makanan,
              Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW),
              Kampung Gong Chengal,
              24200 Kemasik, Kemaman,
              Terengganu Darul Iman.


No Telefon: 011-3258 7319


**Sekali cuba, pasti nak lagi...Gerenti Sedappp!!!


Terima kasih daun keladi, lain kali tolong la promote lagi :)


Dengan  kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gong Chengal